Bile bercakap tentang hati dan perasaan ni memang takkan ada penamatnya. Sepanjang mana pun surat yang di tulis, setebal mana pun diari yang kita ada, memang takkan ada penamatnya. Hati dan perasaan adalah kurniaan dan anugerah daripada ALLAH yang tak ternilai kepada setiap insan di dunia ini.Pelbagai hikmah dan pengajaran berlaku apabila timbulnya persoalan hati dan perasaan. Yang penting adalah samada kita bersyukur atau tidak dengan setiap apa yang berlaku kepada kita dan ambil pengajaran dari apa yang terjadi. Janganlah kerana masalah yang timbul membuatkan hati dan perasaan kita terluka dan kecewa dengan keadaan. Sesungguhnya apa jua yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Ya, memang. Tapi bagi sesetengah orang, mereka lagi selesa menyendiri dan pergi jauh dari keadaan. Bukan melarikan diri, barangkali mencari diri sendiri dan ambil masa untuk segala-galanya. Tak perlu untuk judge apa-apa kerana setiap orang mempunyai cara masing-masing.
Memberi seseorang seluruh cinta bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali! Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Tak perlu pandang pada kecantikan kerana semua tu sementara atau mungkin palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan habis dan hilang juga. Jangan kejar pada nama kerana ianya sementara. Carilah seseorang yang membuatkan kita tersenyum dan susah senang bersama. Bila tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kita teramat rindukan seseorang sehingga kita ingin menggapainya dari mimpi kita dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin kita mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin kita tujui dan jadilah apa yang kita inginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kita lakukan.

Masa depan yang cerah sentiasa berpandukan kehidupan yang lepas yang kita sendiri dah lupa. Kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam

No comments:
Post a Comment